Pelantikan Muhyiddin jamin strategi PPN

KUALA LUMPUR – Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) diyakini dapat menjamin kesinambungan dan kestabilan untuk membawa keluar negara daripada krisis kesihatan kesan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Azril Mohd Amin berkata, pelantikan bekas Perdana Menteri itu adalah tepat dan sesuai untuk memastikan kesemua strategi pemulihan berada di landasan yang betul.

Beliau berkata, sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri, Muhyiddin akan mengawal selia peralihan negara secara berfasa dari peringkat pengurusan krisis sehingga semua sektor sosial kembali normal dan pemulihan ekonomi berlaku sepenuhnya.

“Malaysia sebelum ini pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana kejayaan menguruskan pandemik semasa Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri.

“Beliau telah merangka pelan untuk keluar dari krisis yang kini diteruskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Azril berkata, para pemerhati mengalu-alukan pelantikan tersebut kerana ia bukan sahaja mengehadkan gangguan dalam pendekatan negara menangani pandemik pasca polemik politik, bahkan dilihat sebagai suatu penghormatan terhadap Muhyiddin.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataannya mengumumkan bahawa pelantikan dibuat atas keyakinan kerajaan terhadap keupayaan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, memulihkan ekonomi dan memperbaiki kehidupan rakyat, yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Baca juga:   Hajiji disahkan positif Covid-19

Azril berkata, semasa pentadbiran beliau, Muhyiddin memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi dan pakej bantuan berskala besar untuk meringankan beban rakyat, di samping program vaksinasi untuk seluruh negara.

“Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah strategi pemulihan empat fasa yang dirangka oleh beliau, untuk menyaksikan peralihan keluar negara secara berperingkat berasaskan nilai ambang tiga indikator utama; iaitu kes harian COVID-19, keupayaan sistem kesihatan dan peratusan populasi yang telah melengkapkan suntikan vaksin.

“Sehingga kini, pelaksanaan program vaksinasi sudah mula menunjukkan kemajuan yang signifikan. Justeru, kalangan pakar meramalkan dengan pelantikan ini, negara akan terus bergerak maju melepasi setiap fasa dalam pelan pemulihan seperti yang dirancang,” katanya. – Edisi 9

Date: 05 September 2021
Source and Image from: Edisi 9 – https://www.edisi9.com.my/2021/09/pelantikan-muhyiddin-jamin-kesinambungan-strategi-ppn/

Share Article

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on linkedin
Share on email

More Article

10 Sep 2021
Siaran Media
Ucapan  Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, memberikan keyakinan dan...
10 Sep 2021
Media Release
National Recovery Council chairman, Tan Sri Muhyiddin Yassin, has given that much-needed impetus...
10 Sep 2021
News
KUALA LUMPUR, 10 Sept — Visi realistik yang dibawa Pengerusi Majlis Pemulihan Negara...
10 Sep 2021
News
UCAPAN Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, memberikan keyakinan...