Sosial

Hubungan sosial yang kukuh di antara rakyat Malaysia sangat penting kerana ianya amat berkait rapat di antara kemakmuran negara dan kualiti hidup rakyat. Interaksi yang kondusif dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai berfungsi sebagai pemangkin dalam menyatukan rakyat yang berbeza etnik, agama, kawasan dan tahap sosio-ekonomi. Asas interaksi ini adalah saling menghormati dan semangat toleransi yang tinggi dalam kalangan rakyat.

Bidang Tumpuan

Dasar Modal Sosial

Dasar-dasar berkaitan modal insan yang saling bekerja dan menjalankan fungsi secara kolektif berdasarkan kepercayaan, nilai besama serta atas hubungan dan tujuan yang sama.

Federalisme

Dasar-dasar berkaitan pembahagian kuasa dalam sistem politik yang terdiri daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri seperti federalisme fiskal, federalisme kehakiman, dan lain-lain.

Integrasi Nasional

Usaha-usaha ke arah pengukuhan perpaduan dan solidariti rakyat merentasi sempadan kaum, agama, budaya, bahasa dan sosio-ekonomi.

Kajian Keselamatan

Kajian sektor kritikal di Malaysia seperti makanan, tenaga, air, pengangkutan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan, perbankan dan keselamatan siber.

Kajian Politik

Kajian berkaitan proses, prinsip, struktur pemerintahan dan institusi politik.

Kesejahteraan Sosial

Pencapaian kepada sasaran akhir iaitu ke arah kesejahteraan dan keperluan asas semua segmen masyarakat dilindungi serta ditingkatkan, terutama kumpulan rentan dan B40.

Pembinaan Negara Bangsa

Membangunkan negara Malaysia yang bersatu, makmur, bermaruah dan seterusnya menjadi pusat ekonomi Asia.

Pendidikan

Memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dan dapat membina komuniti pembelajaran sepanjang hayat.

Perkhidmatan Awam

Dasar-dasar berkaitan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan awam untuk kesejahteraan rakyat.