Organisasi Kami

Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA) merupakan sebuah badan pemikir bebas yang menggabungkan pakar-pakar dalam kerajaan dan akademik untuk melakukan penyelidikan, memberikan cadangan dasar dan analisis yang berkualiti tentang pelbagai isu dasar awam yang dipandu oleh nilai-nilai kemakmuran bersama.

Wawasan

Untuk menjadi peneraju pemikiran idea dasar dan analisis yang berpandukan nilai-nilai kemakmuran bersama

Matlamat

Untuk mewujudkan dunia di mana tiada siapa yang ketinggalan dengan menggalakkan pembuat dasar membangunkan dasar-dasar yang dipacu data bagi memastikan kesaksamaan dalam pengagihan kekayaanserta penambahbaikan berterusan kesejahteraan rakyat.

Sejarah

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah ditubuhkan pada Januari 2019. Penubuhan organisasi ini telah diilhamkan dan diberi mandat oleh Perdana Menteri ketujuh, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri  kelapan, YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Md Yassin. MASA diasaskan dengan tujuan untuk mengembangkan falsafah kemakmuran bersama di Malaysia dan di rantau ini. MASA juga telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia untuk membangunkan  Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sebagai pelan sosioekonomi yang baharu untuk Malaysia.