MASA tinjau potensi kerjasama penyelidikan dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PUTRAJAYA: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meneruskan sesi libat urus bersama jabatan dan agensi kerajaan untuk meninjau potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, dengan yang terbaharu melibatkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia pada Jumaat, 12 Januari 2024.

Delegasi MASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Azril Mohd. Amin, telah berpeluang mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi diterajui Ketua Pengarah JKKP, Ir. Mohd. Hatta Zakaria. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan), Encik Bahrudin Mamat dan Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan), Ir. Ts. Dr. Majahar Abd. Rahman.

Dalam kunjungan itu, pasukan penyelidik bersekutu MASA iaitu Dr. Laila Suriya Ahmad Apandi dan Profesor Madya Dr. Salwani Arbak dari Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Kajian Undang-undang, Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah membentangkan hasil kajian bertajuk, Road Safety and Social Protection for Food Delivery Riders in the P-hailing Sector.

Hasil kajian kedua bertajuk, Increasing Medical Specialists in Malaysia: Beware of Vicious Cycle, pula dibentangkan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) iaitu Dr. Chang Jing Jing dan Puan Seow Ai Na.

Kedua-dua kajian adalah penerima geran penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) kohort 1.

Siri pembentangan hasil kajian kepada pihak berkepentingan ini adalah selaras dengan objektif MPDP, yang telah dimulakan pada 2021 bertujuan memastikan cadangan-cadangan dalam Ringkasan Dasar dapat dimanfaatkan oleh jabatan dan agensi kerajaan.

 

#MASAuntukMakmurBersama

Search

Share Article

More Article

Media Release
MEDIA STATEMENT TEACHER’S DAY 2026 16 MAY 2026 KUALA LUMPUR, Sat: In conjunction...
Media Release
MEDIA STATEMENT IN CONJUNCTION WITH INTERNATIONAL WOMEN’S DAY 2026 8 MARCH 2026 Women...
Media Release
MEDIA STATEMENT TINJAUAN TINJAUAN PERSEPSI PRESTASI PENTADBIRAN, DASAR NEGARA DAN KEPIMPINAN POLITIK 6...
Media Release
MEDIA STATEMENT INTERNATIONAL ANTI-CORRUPTION DAY 2025 9 DECEMBER 2025 KUALA LUMPUR, Tuesday –...