30 Kertas Cadangan Raih Geran Penyelidikan Polisi MASA

PUTRAJAYA: Sebanyak 30 kertas cadangan diputuskan layak menerima geran penyelidikan Program Pembangunan Dasar Masa (MPDP) anjuran Institut Masa Depan Malaysia (Masa).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azril Mohd. Amin berkata, mereka disenarai pendek panel penilai daripada sejumlah 134 kertas cadangan sejak permohonan dibuka 1 Oktober tahun lepas.

“Geran pertama kali diperkenalkan ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada 21 institusi pengajian tinggi serta badan bukan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

MPDP dilancarkan Masa pada 28 September tahun lalu itu bertujuan menyediakan peluang kepada penyelidik agar dapat memberi pelbagai input dan cadangan untuk polisi awam.

Institut pemikir bebas itu ditubuhkan pada Januari 2019 hasil idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum diteruskan oleh penggantinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Badan tersebut diwujudkan oleh kerajaan bagi membangunkan pelan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sebagai dasar sosioekonomi bersepadu negara selepas tamat Wawasan 2020.

Mengulas lanjut, Azril berkata, geran penyelidikan program itu dijangka membantu misi proses pelaksanaan pemulihan Malaysia melalui strategi dan pelan kerajaan pasca wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE


DATE: 14 January 2022

SOURCE: Utusan Malaysia – https://www.utusan.com.my/terkini/2022/01/30-kertas-cadangan-raih-geran-penyelidikan-polisi-masa/

Search

Share Article

More Article

Media Release
MEDIA STATEMENT TEACHER’S DAY 2026 16 MAY 2026 KUALA LUMPUR, Sat: In conjunction...
Media Release
MEDIA STATEMENT IN CONJUNCTION WITH INTERNATIONAL WOMEN’S DAY 2026 8 MARCH 2026 Women...
Media Release
MEDIA STATEMENT TINJAUAN TINJAUAN PERSEPSI PRESTASI PENTADBIRAN, DASAR NEGARA DAN KEPIMPINAN POLITIK 6...
Media Release
MEDIA STATEMENT INTERNATIONAL ANTI-CORRUPTION DAY 2025 9 DECEMBER 2025 KUALA LUMPUR, Tuesday –...