Muhyiddin cadang wujudkan mekanisme baharu agih bantuan

KERAJAAN dicadangkan mewujudkan satu mekanisme penyelarasan baharu pengagihan bantuan oleh pelbagai agensi kerajaan atau badan sukarela bagi memastikan tidak berlaku pertindihan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau menerima laporan ada rakyat yang terlebih menerima bantuan dan ada yang tercicir.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, antaranya mewujudkan sistem pengurusan bantuan yang bersifat end-to-end process dan automatik yang mana bantuan boleh terus dimasukkan ke akaun penerima bantuan dalam kadar segera sekiranya berlaku bencana, musibah, kehilangan kerja atau jatuh di bawah kategori miskin atau miskin tegar.

“Mewujudkan dasar graduasi bantuan atau Exit Policy bagi membolehkan penerima dibantu dalam jangka masa tertentu sehingga mereka mampu berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan dalam tempoh yang agak lama.

“Sehubungan itu, saya berharap segala bantuan yang sewajarnya, yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2022 dapat disalurkan terus kepada sasaran.

“Langkah ini amat penting bagi memastikan golongan yang terkesan ini dapat dibantu segera dan tidak dibiarkan merana,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurah dan COVID-19 menyerlahkan lagi nilai murni tersebut apabila ramai individu yang tampil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu menurut beliau, agensi-agensi yang berkaitan seperti Pusat Zakat, Baitulmal, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut tampil membantu.

Date: 10 November 2021
Source and Image from: Edisi 9– https://www.edisi9.com.my/2021/11/cadang-wujud-mekanisme-baharu-agih-bantuan-muhyiddin/

Kongsi Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on linkedin
Share on email

Artikel Lain

16 Nov 2021
Artikel
TEKS UCAPAN YB TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MD YASSIN AHLI...
16 Nov 2021
Article
TEKS UCAPAN YB TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MD YASSIN AHLI...
13 Nov 2021
Article
Perkara itu dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU-Pagoh) yang mana program khas dikenali sebagai 'Catch-Up' boleh dilaksanakan sama ada secara hibrid atau bersemuka mengikut kesesuaian pihak sekolah, universiti, guru dan pelajar...
13 Nov 2021
Artikel
Perkara itu dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU-Pagoh) yang mana program khas dikenali sebagai 'Catch-Up' boleh dilaksanakan sama ada secara hibrid atau bersemuka mengikut kesesuaian pihak sekolah, universiti, guru dan pelajar.