[PEMACU Intelek] Tinjauan Penyelidikan dan Perbincangan Meja Bulat MASA-UMK

Terdahulu, pihak Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke MASA pada 10 November 2021 dan 27 Januari 2022 yang lalu. Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan perkara berbangkit termasuk kajian kemiskinan bandar dan luar bandar selain perbincangan meja bulat sebagai persiapan ke arah Seminar Kemiskinan Kebangsaan.

Sebagai kunjungan balas, MASA bakal mengadakan tinjauan penyelidikan serta perbincangan bersama InsPeK pada 20 – 22 Februari 2022. Dalam kunjungan tersebut, MASA turut bercadang untuk melawat hasil projek seperti yang terangkum di bawah program Pembangunan Komuniti@InsPeK dan Makmal Jaringan Sosial (SNL).

Event Info

Past Focus Group Discussion
20 February 2022

Share Event

More Event

17 May 2023
Upcoming Event
Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0 akan diadakan pada 17 Mei 2023 bertempat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur jam 10.00 pagi. Seramai 27 penerima geran penyelidikan MPDP 2.0 akan menerima sijil penganugerahan yang akan disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Md Yassin selaku Pengerusi MASA. MPDP 2.0 adalah kesinambungan daripada MPDP yang telah diperkenalkan pada September 2021. Ini merupakan suatu usaha rintis dalam mempromosi penyelidikan dasar yang telah menjadi sebahagian daripada projek flagship MASA sepanjang tahun 2021 dan 2022, seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dijajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Ikuti perkembangan terkini MASA melalui sosial media Facebook : institutmasa Twitter : institutmasa LinkedIn : institutmasa Web : institutmasa.com #MASA #MakmurBersama #MASAuntukMakmurBersama
28 Feb 2023
Past Event
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan Webinar Isu Ekonomi Semasa bersempena Belanjawan...
8 Feb 2023
Past Seminar
The last few decades and recent events have witnessed large-scale, bloodletting conflicts and...
29 Nov 2022
Past Seminar
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti...