Terdahulu, pihak Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke MASA pada 10 November 2021 dan 27 Januari 2022 yang lalu. Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan perkara berbangkit termasuk kajian kemiskinan bandar dan luar bandar selain perbincangan meja bulat sebagai persiapan ke arah Seminar Kemiskinan Kebangsaan.
Sebagai kunjungan balas, MASA bakal mengadakan tinjauan penyelidikan serta perbincangan bersama InsPeK pada 20 – 22 Februari 2022. Dalam kunjungan tersebut, MASA turut bercadang untuk melawat hasil projek seperti yang terangkum di bawah program Pembangunan Komuniti@InsPeK dan Makmal Jaringan Sosial (SNL).