[PEMACU Intelek] Penambahbaikan Program Bantuan Tunai

OBJEKTIF

Pelaksanaan Program Bantuan Tunai di bawah pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang dilancarkan Kerajaan merupakan antara inisiatif utama bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Bantuan ini umumnya bersifat menyeluruh dan sejajar dengan pelaksanaan di negaranegara serantau dan maju yang lain.

Penularan pandemik COVID-19 sejak penghujung tahun 2019 telah mencetuskan krisis kesihatan dan ekonomi pada skala yang tidak pernah dialami di peringkat global sebelum ini. Sehubungan itu, bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat dan kesejahteraan negara terus terpelihara, langkah-langkah proaktif terus dilaksanakan oleh Kerajaan dalam menangani impak dan cabaran yang tercetus kesan daripada penularan pandemik tersebut.

Antara objektif penyediaan kertas konsultasi awam ini adalah untuk:

  1. Mendapatkan pandangan dan input daripada setiap lapisan masyarakat di Malaysia yang terkesan secara langsung atau tidak langsung disebabkan penularan pandemik COVID-19 bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian bantuan Kerajaan kepada rakyat;
  2. Mengenal pasti keperluan dan masalah masyarakat tanpa mengetepikan hasrat rakyat, terutamanya dalam situasi yang mencabar akibat penularan COVID-19;
  3. Menambah baik penyediaan bajet tahunan negara, khususnya yang melibatkan inisiatif bantuan kewangan Kerajaan kepada rakyat;
  4. Meningkatkan mutu sistem permohonan bantuan sedia ada dan mengenal pasti penerima bantuan supaya tiada golongan layak yang tercicir (exclusion error) dan golongan tidak layak menerima bantuan (inclusion error); dan
  5. Sebagai panduan kepada Kerajaan mengenai perkara-perkara yang perlu diberikan tumpuan dalam pakej-pakej bantuan atau bajet tahunan yang dirancang pada masa hadapan.

Sumber: Kementerian Kewangan https://www.mof.gov.my/pdf/konsultasi-awam/Program-Bantuan-Tunai.pdf

Event Info

Past Focus Group Discussion
10 September 2021
10:00am-

Share Event

More Event

16 Aug 2023
Past Event
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) research analyst, Mohd Noor Musa, today took part...
12 Jun 2023
Past Bootcamp
MASA would like to express our gratitude to Dr Khalid Abdul Hamid for...
17 May 2023
Past Event
Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0 akan diadakan pada 17 Mei 2023 bertempat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur jam 10.00 pagi. Seramai 27 penerima geran penyelidikan MPDP 2.0 akan menerima sijil penganugerahan yang akan disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Md Yassin selaku Pengerusi MASA. MPDP 2.0 adalah kesinambungan daripada MPDP yang telah diperkenalkan pada September 2021. Ini merupakan suatu usaha rintis dalam mempromosi penyelidikan dasar yang telah menjadi sebahagian daripada projek flagship MASA sepanjang tahun 2021 dan 2022, seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dijajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Ikuti perkembangan terkini MASA melalui sosial media Facebook : institutmasa Twitter : institutmasa LinkedIn : institutmasa Web : institutmasa.com #MASA #MakmurBersama #MASAuntukMakmurBersama
28 Feb 2023
Past Event
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan Webinar Isu Ekonomi Semasa bersempena Belanjawan...