Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama di Malaysia

Pembentukan negara Malaysia diwaris dengan masyarakat yang majmuk dengan 3 kumpulan etnik utama iaitu Melayu (Bumiputera), India dan Cina. Status ekonomi mereka tidak seimbang terutama etnik Bumiputera berada pada paras rendah dalam pegangan ekuiti dalam pasaran ekonomi kepada pendapatan isi rumah. Tahap pengangguran dan kemiskinan pula meletakkan Bumiputera berada di paras atas berbanding etnik lain. Hal ini memberi satu desakan kepada kerajaan bahawa ekonomi negara akan terjejas. Kerajaan seterusnya telah memperkenalkan dasar ekonomi baru (DEB). Dasar tersebut telah memberi kesan yaing positif kepada sosioekonomi negara sekali gus membawa pertumbuhan ekonomi negara dan merubah corak ekonomi negara dari negera pertanian yang miskin kepada negara industri yang membangun.

Walaubagaimanapun, pada dekad yang lalu; perubahan ekonomi global dan domestik telah dijadikan alasan oleh Kerajaan untuk memberi fokus kepada pembangunan ekonomi negara yang menjadikan peningkatan KNK adalah indikator yang utama. Pelaksanaan ini memberi impak kepada sosio-ekonomi negara dan telah menyebabkan masalah jurang pendapatan,
pengabaian industri tertentu, dan ketidak-seimbangan pengagihan guna tenaga, dan jurang kekayaan yang semakin melebar dikalangan rakyat Malaysia.

Kemunculan masalah jurang ekonomi telah memberi kesan kepada sosio-ekonomi masyarakat Malaysia terutama etnik Bumiputera yang meletakkan mereka semula di kelas ekonomi bawahan. Jurang pendapatan isi rumah Bumiputera dengan etnik Cina meningkat tiga kali ganda, kebanyakkan guna tenaga kerja Bumiputera hanya tertumpu di industri yang rendah
nilainya, industri pertanian tiada perubahan berbanding industri lain, dan jurang kekayaan juga berkembang antara Bumiputera dengan etnik lain.

Keadaan terkini sosio-ekonomi di Malaysia menjadi satu cabaran besar kepada pengubal polisi dalam Malaysia Baru ini dan Kemakmuran Bersama merupakan kunci untuk cabaran ini.

Falsafah Kemakmuran Bersama atau Shared Prosperity ini mengalas misi dan visi Malaysia Baru yang bukan sahaja merapatkan jurang dalam semua aspek ekonomi tetapi membangunkan negara bangsa yang inklusif dan lestari /mampan.

Share Article

More Article

No data was found