Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda pada 12 Ramadan 1445 Hijrah bersamaan 23 Mac 2024 Masihi.
Seluruh warga Institut Masa Depan Malaysia (MASA) mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Sembah Takzim Daripada:
Seluruh Warga Institut Masa Depan Malaysia