Happy International Women’s Day 2024

Wanita memainkan peranan penting dalam pelbagai lapisan pembangunan sosial. Mereka adalah ibu, ketua keluarga, ketua masyarakat, penggerak komuniti, dan juga pemimpin global.

Dalam membentuk budaya inklusif dalam masyarakat, usaha memartabatkan dan memperkasakan wanita di Malaysia adalah signifikan untuk menjamin keterangkuman wanita dalam pembangunan negara.

Justeru tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 bertepatan dengan agenda memperkasa wanita dalam pelbagai segmen kehidupan dan pada masa sama menghargai peranannya terhadap kemajuan dunia.

Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇

FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com

#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama

Share Article

More Article

No data was found