Segera laksana reformasi industri padi tangani krisis bekalan beras

oleh Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan, Ketua Pegawai Operasi MASA

Malaysia kini berhadapan dengan krisis beras membimbangkan dan keadaan semakin meruncing apabila pada masa sama rakyat berhadapan kenaikan mendadak harga beras. Walaupun beberapa menteri dan ahli politik cuba mengelak daripada mengakui keadaan sebenar, rakyat sedar ‘ilusi palsu’ bekalan beras terkawal.

Mengikut laporan, peratusan pengeluaran beras tempatan lazimnya adalah pada paras 70 peratus. Namun hakikatnya, ia kini hanya sekitar 62 peratus. Daripada jumlah itu, kira-kira 43 peratus adalah bagi pasaran akhir atau pengguna yang dijual sebagai beras putih tempatan (BPT), selepas mengambil kira penggunaan industri, benih padi dan lain-lain.

Keadaan ini menyebabkan, pasaran tempatan memerlukan beras import bagi menampung baki 57 peratus permintaan beras domestik. Hal ini diburukkan lagi dengan keputusan India melarang eksport beras menyebabkan harga beras basmathi melonjak daripada RM32 kepada RM40 setiap 5 kilogram (kg).

Melihat kepada keadaan pasaran dan data semasa, krisis beras dihadapi kini berpunca daripada tahap sara diri (SSL) negara masih rendah dan pergantungan tinggi kepada beras import serta kekurangan kapasiti pengeluaran beras tempatan.

 

Kongsi Artikel

Artikel Lain

No data was found