Institut Masa, PPMI Bantu Kanak-Kanak Palauh Terima Pendidikan

KOTA KINABALU: Menyedari kepentingan Pendidikan dan memastikan nasib golongan minoriti mendapat pembelaan, Insttut Masa Depan Malaysia (Institut Masa) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) Sabah tampil membantu dalam soal Pendidikan kanak-kanak Palauh.

Sejajar Kerjasama itu, kedua-dua pihak baru-baru ini melaksanakan mendekati etnik berkenaan termasuk lawatan ke tiga PPMI iaitu di Kampung Kabong dan Kunak 3 di daerah Kunak serta Kampung Hidayat, Pulau Bum-Bum di Semporna.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa, Azril Mohd Amin, berkata program berkenaan disertai seramai 14 kakitangan dan penyelidik Institut Masa serta guru PPMI bagi memberi peluang kepada penyelidik melihat dengan lebih dekat masalah dihadapi komuniti minority berkenaan, khususnya yang membabitkan aspek Pendidikan.

“Kumpulan kana-kanak Palauh ini menimba ilmu dalam keadaan penuh cabaran, serba kekurangan dan tercicir daripada arus perdana.

“Bagaimanapun, di sebalik kekurangan ini mereka menunjukkan minat dan semangat yang tinggi untuk belajar terutama ilmu asas membaca, menulis dan mengira serta Pendidikan agama Islam.” Katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hubungan baik Institut Masa dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Sabah seperti Haluan memudahkan perancangan rangka kerja jangka Panjang bagi membantu komuniti itu.

Jelasnya, ia termasuk menyediakan Latihan kemahiran dan vokasional kepada pelajar selain program motivasi untuk tenaga pengajar PPMI.

Institut Masa juga katanya akan meningkatkan kerja penyelidikan berkaitan hak Pendidikan bagi kumpulan minority Palauh, kumpulan yang tercicir dan terpinggir selain bercadang menjadikan beberapa PPMI dan Kelas Bimbingan Insan (KBI) di negeri ini sebagai ‘sekolah angkat.’

“Program ini juga adalah sebahagian daripada usaha membantu Majlis Pemulihan Negara (MPN) dengan memberi fokus kepada hak Pendidikan untuk semua kana-kanank,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penyelaras PPMI Sabah, Lajulliadi Lajahidi, berkata puast Pendidikan itu bermula sebagai pusat aktiviti komuniti pada 2011 dengan memberi focus kepada Pendidikan anak-anak etnik minority dan miskin luar bandar Sabah yang terpinggir daripada program pembangunan arus perdana negara.

Dalam lawatan yang sama, Institut Masa turut menyumbang barangan keperluan pembelajaran dan pengajaran kepada tiga PPMI terbabit.

 

Date: 22 December 2021

Source: Deasoka –

https://deasoka.com/2021/institut-masa-ppmi-bantu-kanak-kanak-palauh-terima-pendidikan/semasa/

Kongsi Artikel

Artikel Lain

No data was found