Dahulukan kedudukan Islam dalam penilaian hak asasi manusia

Oleh Azril Mohd. Amin

 

MALAYSIA  bakal berdepan detik penting dalam penilaian landskap hak asasi manusia apabila dijadualkan menghadapi sesi Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC), 25 Januari ini.

Semakan kali ini membawa maksud besar dan begitu penting, selari hasrat kerajaan untuk mengiktiraf pencapaiannya dalam menangani cabaran berterusan, kekal komited mengemudi rangka kerja Perlembagaan, kerumitan budaya, peranan Islam serta undang-undang syariah dalam struktur masyarakat.

Proses UPR ini mekanisme penting dalam UNHRC sebagai kaedah pemeriksaan ke atas rekod hak asasi manusia negara anggota PBB. Mekanisme ini berfungsi sebagai saluran sesebuah negara meneliti dan melaporkan kemajuan, cabaran serta komitmen mereka terhadap hak asasi manusia di negara masing-masing.

Ia berlaku setiap empat hingga lima tahun dan memerlukan penilaian holistik dengan menggabungkan laporan nasional, laporan UNHRC dan input serta syor daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Siaran Media
KENYATAAN MEDIA HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA 2024 9 DISEMBER 2024 Tema Hari Antirasuah Antarabangsa...
Artikel
Oleh Muhammad Haqimie Aiman Rosli WARISAN budaya bangsa adalah elemen terpenting dalam memupuk...
Artikel
Oleh Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan Ketika Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan Ke-67 tahun...
Artikel
Oleh Khairul Syakirin Zulkifli One of the most important reforms critical for short-term...