Tinjauan Penyelidikan Dan Sesi Ramah Mesra Di Pusat Pembangunan Minda Insan (Ppmi) Kg. Kabog

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menjalankan tinjauan penyelidikan dan sesi ramah mesra di Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) Kg. Kabog pada 15 Disember 2021. Tinjauan ini merupakan salah satu inisiatif terkini MASA dalam mempelopori penyelidikan berkenaan isu orang tidak bernegara.

PPMI ditubuhkan pada 2011 dan berkonsepkan sebuah pusat aktiviti komuniti yang ditubuhkan dan dibina oleh komuniti serta dioperasikan oleh ahli komuniti dengan bimbingan HALUAN dan penglibatan agensi kerajaan.

Perjalanan sejauh 60km dari bandar Semporna, Sabah ke PPMI Kg. Kabog mengambil masa lebih sejam. Warga MASA telah menemuramah beberapa orang tenaga pengajar di PPMI Kg. Kabog bagi mendapatkan gambaran kasar keadaan PPMI dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran di kelas.

Dalam tinjauan penyelidikan ini juga, MASA telah menyampaikan sumbangan buku dan alat tulis bagi membantu kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran.

Event Info

Past Focus Group Discussion
15 December 2021

Share Event

More Event

28 Feb 2023
Past Event
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan Webinar Isu Ekonomi Semasa bersempena Belanjawan...
8 Feb 2023
Past Seminar
The last few decades and recent events have witnessed large-scale, bloodletting conflicts and...
29 Nov 2022
Past Seminar
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti...
22 Nov 2022
Past Focus Group Discussion
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti...