Perbincangan Meja Bulat 2: Pencapaian Agenda Bumiputera

Susulan daripada Perbincangan Meja Bulat bagi membincangkan permasalahan isu serta cabaran yang dihadapi oleh golongan Bumiputera di Malaysia, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) sekali lagi telah menganjurkan sesi tertutup Perbincangan Meja Bulat pada 23 Februari 2024 bersama pakar-pakar ekonomi bagi membincangkan pencapaian serta hala tuju dalam agenda Bumiputera.
Antara yang hadir pada sesi tersebut adalah :
1. YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zakariah Ab. Rashid, Profesor Adjung, Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya;
2. YBhg. Profesor Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia;
3. YBrs. Dr. Zulkiply Omar, Felo Penyelidik Kanan, Social Wellbeing Research Centre (SWRC), Universiti Malaya; dan
4. YBrs. Dr. Masoud Yahoo Javad, Pensyarah di Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sesi perbincangan tersebut dikendalikan oleh YBrs. Dr. Khalid Abdul Hamid selaku Ketua Bahagian Dasar dan Penyelidikan MASA dan turut disertai oleh YBrs. Encik Azril Mohd Amin selaku Ketua Pegawai Eksekutif MASA.
Sesi anjuran MASA ini memberikan tumpuan kepada perbincangan terhadap pencapaian Bumiputera berdasarkan dasar yang dilaksanakan dan data yang diperoleh.
Menerusi sesi perbincangan tersebut, terdapat beberapa input diperoleh yang dapat diimplimentasikan dalam hala tuju untuk mempertingkatkan status sosioekonomi Bumiputera di Malaysia.
Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇
FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman sesawang : https://institutmasa.com

Event Info

Past Roundtable Discussion
23 February 2024
10:00am-
12:00pm

Share Event

More Event

26 Apr 2024
Past Others
Today, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) held a Bean Bag Sharing Session by...
19 Apr 2024
Past Event
Pada 19 April 2024, MASA telah menganjurkan Majlis Potluck Aidilfitri bersama rakan strategik....
21 Mar 2024
Past Event
Pada 21 Mac 2024, MASA telah menganjurkan Majlis Iftar bersama Rakan MASA yang...
4 Mar 2024
Past Official Visit
Pada 4 Mac 2024, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) berbesar hati menerima kunjungan...