Pemacu Wacana: Harapan & Cabaran dalam Konteks Pemulihan Negara

 

 

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah menguji daya tahan ekonomi negara yang berteraskan kepelbagaian ekonomi, ketahanan fiskal serta keupayaan sistem kesihatan negara. Namun demikian, krisis ini telah membuka peluang kepada semua pihak untuk mengkaji dan memperkukuh lagi ketahanan negara untuk menghadapi kemungkinan krisis yang serupa pada masa akan datang.

Menurut Kenyataan Pra-Belanjawan 2022 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF), secara keseluruhannya Belanjawan 2022 dirangka dengan jangkaan situasi ekonomi pulih daripada kesan pandemik COVID-19 pada tahun hadapan. Belanjawan ini juga merupakan pemangkin ke arah pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) yang akan memacu pertumbuhan, keterangkuman dan kelestarian ekonomi dalam jangka sederhana berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030). Bagi memastikan negara berjaya pulih dan keluar daripada kemelut ini, Belanjawan 2022 akan terus melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian rakyat dan perniagaan, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pemulihan negara pasca-pandemik.

 

Event Info

Past Seminar
18 November 2021

Share Event

More Event

28 Feb 2023
Past Event
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan Webinar Isu Ekonomi Semasa bersempena Belanjawan...
8 Feb 2023
Past Seminar
The last few decades and recent events have witnessed large-scale, bloodletting conflicts and...
29 Nov 2022
Past Seminar
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti...
22 Nov 2022
Past Focus Group Discussion
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti...