MASA anjur Perbincangan Meja Bulat Pakar-pakar Ekonomi mengenai Agenda Bumiputera

PADA 9 Februari 2024, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menganjurkan satu sesi tertutup Perbincangan Meja Bulat bersama pakar-pakar ekonomi secara hibrid bagi membincangkan permasalahan isu serta cabaran yang dihadapi oleh golongan Bumiputera di Malaysia.

Antara yang hadir pada sesi tersebut adalah :
1. YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman Mahbob, Felo Kehormat MASA dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA);
2. YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zakariah Ab. Rashid, Profesor Adjung, Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya;
3. YBhg. Profesor Dr. Fatimah Kari, Felo Institut MASA dan Felo Penyelidik, Pusat Dialog Peradaban (PDP), Universiti Malaya;
4. YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Marzuki Mohamad, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut MASA dan Pensyarah di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;
5. YBhg. Profesor Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia;
6. YBrs. Dr. Zulkiply Omar, Felo Penyelidik Kanan, Social Wellbeing Research Centre (SWRC), Universiti Malaya;
7. YBrs. Dr. Masoud Yahoo Javad, Pensyarah di Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia; dan
8. YBrs. En. Erhanfadli Azrai, Ahli Bersekutu MASA dan Pengarah, Kotak Sakti Sdn. Bhd.

Sesi perbincangan tersebut dikendalikan oleh YBrs. Dr. Khalid Abdul Hamid yang merupakan Ketua Bahagian Dasar dan Penyelidikan MASA dan turut disertai oleh YBrs. Encik Azril Mohd Amin selaku Ketua Pegawai Eksekutif MASA.

Sesi anjuran MASA ini memberikan tumpuan kepada perbincangan terhadap Bumiputera yang masih ketinggalan dari segi pendapatan, pemilikan kekayaan dan taraf sosioekonomi.

Menerusi sesi perbincangan tersebut, terdapat beberapa cabaran dan isu yang telah digariskan dan beberapa cadangan dikemukakan untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh golongan Bumiputera pada masa ini dan akan datang.

Event Info

Past Roundtable Discussion
9 February 2024
10:00am-
12:00pm

Share Event

More Event

26 Apr 2024
Past Others
Today, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) held a Bean Bag Sharing Session by...
19 Apr 2024
Past Event
Pada 19 April 2024, MASA telah menganjurkan Majlis Potluck Aidilfitri bersama rakan strategik....
21 Mar 2024
Past Event
Pada 21 Mac 2024, MASA telah menganjurkan Majlis Iftar bersama Rakan MASA yang...
4 Mar 2024
Past Official Visit
Pada 4 Mac 2024, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) berbesar hati menerima kunjungan...