Kunjungan Hormat YouthCare Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA), En. Azril Mohd Amin telah dikunjungi oleh Pengasas Bersama dan Naib Presiden YouthCare Malaysia, Saudara Jabir Meftah dan Saudara Arif Hakimi M. Naim pada 24 Jun 2022.

Pada kunjungan ini, pihak MASA dan YouthCare Malaysia bertukar-tukar idea serta membincangkan program dan usaha kerjasama yang boleh dijalankan pada masa akan datang.

MASA menyambut baik idea dan pandangan terhadap program yang akan dilaksanakan oleh YouthCare Malaysia untuk memberi ruang pada belia sebagai ejen pengubah masa depan. MASA juga turut menyokong gerakan belia seperti YouthCare dalam meningkatkan pembangunan dan penglibatan belia dalam aktivisme dan advokasi seiring dengan aspirasi Malaysia dalam memartabatkan belia sebagai salah satu kumpulan sasaran berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).

Turut hadir adalah para Penganalisis Penyelidikan MASA, En. Mohd Noor Musa, En. Mohammad Zulhafiy Zol Bahari, En. Sim Why Jean, Cik Nurul Hazirah Kamaruddin dan Cik Maryam Husna Maznorhuzairi.

Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com

#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#RuangBelia
#JaringanKerjasama

Event Info

Past Official Visit
24 June 2022

Share Event

More Event

17 May 2023
Upcoming Event
Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0 akan diadakan pada 17 Mei 2023 bertempat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur jam 10.00 pagi. Seramai 27 penerima geran penyelidikan MPDP 2.0 akan menerima sijil penganugerahan yang akan disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Md Yassin selaku Pengerusi MASA. MPDP 2.0 adalah kesinambungan daripada MPDP yang telah diperkenalkan pada September 2021. Ini merupakan suatu usaha rintis dalam mempromosi penyelidikan dasar yang telah menjadi sebahagian daripada projek flagship MASA sepanjang tahun 2021 dan 2022, seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dijajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Ikuti perkembangan terkini MASA melalui sosial media Facebook : institutmasa Twitter : institutmasa LinkedIn : institutmasa Web : institutmasa.com #MASA #MakmurBersama #MASAuntukMakmurBersama
28 Feb 2023
Past Event
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan Webinar Isu Ekonomi Semasa bersempena Belanjawan...
8 Feb 2023
Past Seminar
The last few decades and recent events have witnessed large-scale, bloodletting conflicts and...
29 Nov 2022
Past Seminar
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti...