Kunjungan Hormat MASA ke Unit Penerbit dan Editorial IKIM

Penganalisis Penyelidikan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), En. Mohd Noor Musa, En. Khairul Syakirin Zulkifli, En. Mohammad Zulhafiy Zol Bahari dan Cik Nurul Hazirah Kamaruddin telah membuat kunjungan penyelidikan ke Penerbit dan Editorial, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 4 Julai 2022.

Pada kunjungan ini, MASA telah diberikan taklimat oleh Ketua Penerbit, Pn. Sri Sarina Dewi Suhaimin. Perbincangan seterusnya memfokuskan kepada proses penerbitan buku yang diamalkan di IKIM dan membincang serta mendapatkan pandangan IKIM mengenai hala tuju dan garis masa projek penerbitan buku yang akan MASA terbitkan pada masa akan datang.

Turut hadir pada kunjungan ini ialah Ketua Editorial, En. Mohamad A’sim Ismail, Editor Kanan, Pn. Nor Hartini Saari dan Pengurus Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit, En. Johari Omar.

Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com

#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#PenerbitanBuku

Search

Event Info

Past Official Visit
4 July 2022

Share Event

More Event

24 Feb 2025
Past Event
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) will be hosting #RuangTokoh: Constitution and Current Issues,...