Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA), En. Azril Mohd Amin bersama-sama Penganalisis Penyelidikan MASA, En. Mohd Noor Musa, En. Khairul Syakirin Zulkifli, En. Mohamad Zulhafiy Zol Bahari dan En. Abdul Mannan Mohd Zamri, Penganalisis Penyelidikan (Pelatih) telah membuat kunjungan penyelidikan ke Global Unity Network (Persatuan Jaringan Perpaduan Global), UNITY pada 5 Ogos 2022.
Pada kunjungan ini, MASA telah bertukar-tukar pandangan pandangan melalui satu sesi perbincangan meja bulat (RTD) bersama En. Shah Kirit Kakulal Govidji, Presiden UNITY berkaitan isu-isu sosiopolitik semasa seperti isu perpaduan, hub informasi islam, negara bangsa dan kepimpinan, di samping meneroka peluang kerjasama penyelidikan pada masa akan datang.
Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com
#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#JaringanKerjasama