IDS, MASA meterai MoU bidang penyelidikan, kongsi kepakaran

SHAH ALAM – Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang penyelidikan, khidmat masyarakat serta perkongsian kepakaran.

IDS dan MASA dalam satu kenyataan bersama berkata, antara topik penyelidikan yang bakal dijalankan adalah mengenai ekonomi akar umbi di Sabah.

Menurut kenyataan tersebut, pemeteraian MoU itu susulan daripada kunjungan hormat MASA ke IDS pada 2022, yang membolehkan kedua-dua pihak meneroka bidang penting penyelidikan dalam merangka input dasar dan strategi pembangunan negara.

“Kedua-dua pihak bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, penganjuran program, persidangan, perkongsian kepakaran dan jaringan komuniti.

“Diharapkan melalui pemeteraian MoU ini, usaha untuk memahami isu dan cabaran sosioekonomi di Malaysia, khususnya di Sabah dapat dicapai menerusi aktiviti penyelidikan tersebut.

“Ini juga selari dengan objektif Sabah Maju Jaya 2021-2025,” katanya pada Isnin.

MoU terbabit ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Dr Ramzah Dambul dan Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd Amin di Wisma IDS.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi IDS, Datin Hasnah Samsudin serta Ketua Komunikasi Strategik dan Pengurusan MASA, Marhaini Kamaruddin.

#MASAuntukMakmurBersama

Source: https://www.sinarharian.com.my/article/663212/berita/nasional/ids-masa-meterai-mou-bidang-penyelidikan-kongsi-kepakaran

Search

Share Article

More Article

Media Release
MEDIA STATEMENT MASA IN CONJUNCTION WITH INTERNATIONAL ANTI-CORRUPTION DAY 2024 9TH DECEMBER 2024...
Article
By Muhammad Haqimie Aiman Rosli WARISAN budaya bangsa adalah elemen terpenting dalam memupuk...
Article
By Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan As Malaysia celebrates its 67th Independence Day...
Article
By Khairul Syakirin Zulkifli One of the most important reforms critical for short-term...