IDS, MASA meterai MoU bidang penyelidikan, kongsi kepakaran

SHAH ALAM – Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang penyelidikan, khidmat masyarakat serta perkongsian kepakaran.

IDS dan MASA dalam satu kenyataan bersama berkata, antara topik penyelidikan yang bakal dijalankan adalah mengenai ekonomi akar umbi di Sabah.

Menurut kenyataan tersebut, pemeteraian MoU itu susulan daripada kunjungan hormat MASA ke IDS pada 2022, yang membolehkan kedua-dua pihak meneroka bidang penting penyelidikan dalam merangka input dasar dan strategi pembangunan negara.

“Kedua-dua pihak bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, penganjuran program, persidangan, perkongsian kepakaran dan jaringan komuniti.

“Diharapkan melalui pemeteraian MoU ini, usaha untuk memahami isu dan cabaran sosioekonomi di Malaysia, khususnya di Sabah dapat dicapai menerusi aktiviti penyelidikan tersebut.

“Ini juga selari dengan objektif Sabah Maju Jaya 2021-2025,” katanya pada Isnin.

MoU terbabit ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Dr Ramzah Dambul dan Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd Amin di Wisma IDS.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi IDS, Datin Hasnah Samsudin serta Ketua Komunikasi Strategik dan Pengurusan MASA, Marhaini Kamaruddin.

#MASAuntukMakmurBersama

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/663212/berita/nasional/ids-masa-meterai-mou-bidang-penyelidikan-kongsi-kepakaran

Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Siaran Media
KENYATAAN MEDIA HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA 2024 9 DISEMBER 2024 Tema Hari Antirasuah Antarabangsa...
Artikel
Oleh Muhammad Haqimie Aiman Rosli WARISAN budaya bangsa adalah elemen terpenting dalam memupuk...
Artikel
Oleh Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan Ketika Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan Ke-67 tahun...
Artikel
Oleh Khairul Syakirin Zulkifli One of the most important reforms critical for short-term...