Azril dilantik CEO baharu Masa

Kuala Lumpur: Institut Masa Depan Malaysia (Masa) mengumumkan Azril Mohd Amin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya berkuat kuasa semalam.

Masa menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini berkata, Azril berpengalaman lebih 18 tahun sebagai pengamal undang-undang dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Beliau juga terbabit dengan penyelidikan terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Azril juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah portfolio dan dasar awam,” katanya.

Menurutnya, Masa berharap Azril dapat membawa institut itu ke satu tahap yang lebih tinggi sebagai badan pemikir terkemuka berlandaskan nilai kemakmuran bersama.

Date: 02 September 2021
Source and Image from: Harian Metro – https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/750202/azril-dilantik-ceo-baharu-masa

Search

Share Article

More Article

Media Release
MEDIA STATEMENT TEACHER’S DAY 2026 16 MAY 2026 KUALA LUMPUR, Sat: In conjunction...
Media Release
MEDIA STATEMENT IN CONJUNCTION WITH INTERNATIONAL WOMEN’S DAY 2026 8 MARCH 2026 Women...
Media Release
MEDIA STATEMENT TINJAUAN TINJAUAN PERSEPSI PRESTASI PENTADBIRAN, DASAR NEGARA DAN KEPIMPINAN POLITIK 6...
Media Release
MEDIA STATEMENT INTERNATIONAL ANTI-CORRUPTION DAY 2025 9 DECEMBER 2025 KUALA LUMPUR, Tuesday –...