#19 : Pembangunan Sabah Ke Arah Mencapai Kelestarian Hidup Masyarakat Dan Kunci Kepada Malaysia Sebagai Negara Maju 2025

Pembangunan adalah proses untuk mewujudkan masyarakat yang “sejahtera” dalam keseluruhan aspek yang merangkumi ekonomi, sosial dan politik. Dalam merealisasikan sasaran pembangunan mapan, peranan kerajaan dalam mentransformasi pembangunan menyeluruh di antara wilayah/negeri amat penting untuk menyeimbangkan tahap pendapatan sosioekonomi. Adalah tidak dinafikan bahawa Kerajaan telah berusaha untuk menangani jurang pembangunan antara wilayah/negeri melalui pelbagai inisiatif dan insentif seperti beberapa siri rancangan pembangunan lima tahun ataupun Rancangan Malaysia. Namun begitu, inisiatif demi inisiatif yang dilaksanakan dalam siri pembangunan lima tahun Malaysia masih belum cukup untuk meletakkan Malaysia dalam posisi selesa apabila menganalisis hal ehwal pembangunan antara wilayah/negeri. Kerajaan telah melancarkan Rancangan Malaysia ke12 dengan matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merapatkan jurang ketidaksamarataan pendapatan. Malah, kerajaan turut melaksanakan Pelan Pemulihan Negara sebagai salah satu inisiatif pemulihan ekonomi akibat penularan covid-19. Walau bagaimanapun, sejauh mana dasar pembangunan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan berjaya meningkatkan kesejahteraan rakyat terutamanya di negeri Sabah dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara perlu dikenal pasti dan diteliti.

Share Article

More Article

No data was found