Satu Pendekatan Holistik, Inklusif Perlu Dirangka Bagi Pendidikan Pasca Pandemik – MASA

INSTITUT Masa Depan Malaysia (MASA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pendidikan Sedunia 2022, dengan tema sambutan tahun ini, Mengubah Hala Tuju, Mentransformasi Pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Azril Mohd Amin berkata, tema untuk tahun keempat sejak bertepatan dengan komitmen MASA dalam mengangkat peranan pendidikan sebagai salah satu tunjang pembangunan negara, serta menghayati peri pentingnya pendidikan untuk semua selaras visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan matlamat Akta Pendidikan 1966.

“Tema ini turut menterjemahkan aspirasi dan solidariti global ke arah memastikan setiap kanak-kanak mendapat hak dan akses yang sewajarnya dalam bidang pendidikan, seperti digariskan Teras Keempat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Ia juga meletakkan komitmen bersama untuk menyediakan pendidikan inklusif dan berkualiti, serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

Tambahnya, Malaysia kini di landasan yang tepat dalam mentransformasi pendidikan seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dilancarkan oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Menteri Pendidikan di mana pelan itu cukup komprehensif dalam Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak PBB Upaya (CRPD).

Dalam pada itu, perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-73 mengisytiharkan sambutan khas ini mulai tahun 2019, adalah menjamin pendidikan berkualiti untuk semua, di samping menyediakan sokongan holistik untuk mengembangkan potensi setiap kanak-kanak selaras dengan matlamat (CRC) dan Konvensyen Hak Orang Kurang.

Azril berkata, dalam menangani isu ketidaksamaan akses kepada pendidikan, tumpuan seharusnya diberikan khusus kepada golongan rentan dalam kalangan etnik minoriti dan miskin bandar dan luar bandar agar tiada yang tercicir atau ketinggalan daripada arus pendidikan dan pembangunan negara.

“Mengambil kira pandemik COVID-19 yang telah memberi impak besar terhadap bidang pendidikan di dalam dan luar negara, MASA berpendapat suatu pendekatan holistik dan inklusif perlu dirangka dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan pasca pandemik, terutamanya bagi menangani isu keciciran pelajar selain memberi tumpuan menambah baik infrastruktur asas seperti akses kepada internet.

“MASA berharap agar pihak pembuat dasar mengambil langkah segera dan tuntas untuk mengenal pasti cabaran dan halangan pasca pandemik, seterusnya merangka dasar dan strategi yang sesuai bagi merealisasikan visi pendidikan untuk semua dan sekali gus menjamin kelestarian pendidikan negara,” katanya. – SM


Date: 24 January 2022

Image source: https://suaramerdeka.com.my/wp-content/uploads/2022/01/MASA-2.jpg

Source: Suara Merdeka – https://suaramerdeka.com.my/satu-pendekatan-holistik-inklusif-perlu-dirangka-bagi-pendidikan-pasca-pandemik-masa/