Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial

Malaysia memerlukan satu hala tuju dan strategi pembangunan ekonomi negara yang bermatlamatkan pertumbuhan ekonomi yang rancak dan mampan, pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk semua rakyat serta pembinaan sebuah negara yang aman, makmur dan bersatu padu.

Impak pandemik COVID-19 yang dihadapi global telah memberi kesan mendalam terhadap kualiti kehidupan masyarakat di peringkat global. Pelbagai langkah dan strategi telah digunakan oleh negara dunia bagi memastikan kestabilan dan pemulihan negara, termasuk Malaysia.

Melalui pelbagai langkah drastik yang dilaksanakan, Malaysia telah mula memasuki fasa ‘Peralihan ke Endemik’ bermula 1 April 2022. Ini merupakan exit strategy untuk membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19.

Sejajar dengan aspirasi ini, Majlis Pemulihan Negara (MPN) dengan kerjasama MASA telah menganjurkan ‘Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara Dan Keterangkuman Sosial’ yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 13 Oktober 2022 (Khamis)
Masa : 8:00 AM – 5:00 PM
Lokasi : The Everly Putrajaya
Kod Pakaian : Formal / Pejabat / Batik

Objektif seminar ini, antara lainnya, adalah sebagai satu platform untuk mengenal pasti isu dan cabaran berkaitan ekonomi dan sosial bagi memperkasa agenda kemampanan ekonomi di Malaysia serta mengupas isu dan strategi ke arah kesejahteraan sosial dan ekonomi demi kemakmuran bersama.

 

Info Program

Seminar Lepas
13 Oktober 2022

Kongsi Program

Program Lain