Program Pembangunan Dasar MASA

Penyampaian watikah MPDP 1.0 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Pengerusi MASA.

Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 1.0 yang diperkenalkan julung kalinya pada September 2021, telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan penerimaan sejumlah 134 kertas cadangan daripada 21 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Hasilnya, sebanyak 30 Ringkasan Polisi berjaya dihasilkan – merangkumi penyelidikan dasar dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan, pembangunan lestari serta pihak berkepentingan. Usaha rintis ini turut menjadi sebahagian daripada program flagship MASA bagi tahun 2021 seiring kesinambungan usaha pemulihan negara.

Antara inisiatif di bawah MPDP 1.0 termasuk penghasilan Ringkasan Polisi dan penganjuran Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial 2022 oleh MASA dan Majlis Pemulihan Negara (MPN), di mana dua belas (12) penerima geran MPDP berjaya membentangkan hasil kajian penyelidikan masing-masing. Dapatan kajian ini telah menyumbang kepada penghasilan Kertas Resolusi Seminar meliputi 11 bidang yang dikemukakan kepada pihak MPN untuk pertimbangan lanjut di peringkat jabatan/agensi berkaitan.

Program MPDP 1.0 telah meletakkan MASA sebagai sebuah badan pemikir yang dikenali dan dirujuk dalam kalangan penyelidik dalam bidang penyelidikan dasar. Justeru, untuk tahun kedua, MASA bakal membuka permohonan bagi MPDP 2.0 bermula 1 Januari 2023, mengikut tema terpilih berdasarkan lapan (8) bidang tumpuan utama pemulihan negara seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta fokus penyelidikan MASA.

Sila muat turun Info Kit dan borang permohonan MPDP 2.0 di bawah:

Info Kit
MPDP 2.0

Borang Permohonan MPDP 2.0