#RuangBelia bersama YB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Haji Mohd Yassin

Belia merupakan aspek penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara dan dunia.

Statistik menunjukkan belia membentuk 16% daripada populasi dunia dan diunjurkan akan meningkat kepada 23% (1.3 bilion belia) menjelang 2030.

Sebagai kumpulan sasaran aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), belia adalah modal insan penting yang akan memacu pembangunan dan menjadi pemangkin utama pemulihan negara era pasca pandemik.

Sehubungan itu, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan berbesar hati akan menganjurkan program #RUANGBELIA Bersama YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Kelapan merangkap Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA) pada ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Jun 2022 (Selasa)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Lokasi : Ballroom 2, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Kod Pakaian : Pakaian Pejabat, Batik atau Smart Casual

Program ini memberi ruang kepada golongan belia profesional untuk menyuarakan pandangan dan bertanya sendiri soalan tentang pelbagai isu dan aspek dasar awam secara berterus-terang.

Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com

#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#RuangBelia
#BeliaHarapanBangsa

Info Program

Balai Rakyat Lepas
21 Jun 2022

Kongsi Program

Program Lain