[PEMACU Wacana] Ke Arah Pemulihan Negara & Fasa Seterusnya: Membasmi Kemiskinan Tegar Menjelang 2025

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah merencatkan usaha puluhan tahun dalam memerangi kemiskinan dan kemiskinan tegar. Di seluruh dunia, antara 71 hingga 100 juta orang telah jatuh ke paras kemiskinan akibat krisis ini. Jumlah ini dijangka meningkat antara 143 hingga 163 juta pada tahun 2021.

Menurut Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sejumlah 260,000 ketua isi rumah di Malaysia tergolong dalam kategori miskin tegar (hardcore poverty), manakala isi rumah miskin tegar mencecah hampir satu juta. Ini merupakan satu angka yang besar dan memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak.

Aspek keterangkuman atau pembangunan inklusif perlu dijadikan kunci utama supaya tiada golongan yang ketinggalan, khususnya masyarakat pedalaman, Bumiputera dan Melayu, orang asli dan pribumi Sabah, serta Sarawak. Langkah kerajaan menambah baik kaedah pengukuran kemiskinan merupakan salah satu langkah ke hadapan yang tepat – agar penggubalan dasar serta pelaksanaan strategi yang lebih berkesan dapat dilakukan bagi membasmi kemiskinan..

Dalam melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta menangani jurang ekonomi rakyat, usaha bersepadu perlu ditingkatkan bagi memastikan pendapatan rakyat terus meningkat. Ini akan membolehkan visi kerajaan bagi membasmi kemiskinan tegar dapat dicapai menjelang 2025.

Info Program

Seminar Lepas
20 Oktober 2021
10:00am-
12:30pm

Kongsi Program

Program Lain