[PEMACU Intelek] – Kunjungan Balas dan Sesi Perbincangan Meja Bulat (RTD) antara Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dan UiTM Cawangan Sabah

Terdahulu, pihak MASA telah mengadakan tinjauan penyelidikan dan sesi perbincangan meja bulat bersama pihak UiTM Cawangan Sabah dari 27 hingga 29 Mac 2022 yang lalu. Kunjungan tersebut, antara lainnya, bertujuan untuk meninjau perkembangan projek penyelidikan yang dilaksanakan oleh penerima geran Program Pembangunan Polisi MASA (MPDP) serta meneroka potensi peluang kerjasama bidang penyelidikan bersama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FBM), UiTM Cawangan Sabah.

Susulan daripada tinjauan penyelidikan dan sesi perbincangan meja bulat tersebut, pihak UiTM Cawangan Sabah telah menyatakan hasrat untuk mengadakan lawatan balas ke Rumah MASA pada 4 April 2022. Delegasi UiTM Cawangan Sabah seramai enam orang ini akan diketuai oleh Datuk Profesor Madya Dr. Haji Abdul Kadir bin Haji Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sabah. Pihak UiTM juga menjemput Pengurus Besar Sabah Creative Economic and Innovation Centre, Pn. Viviantie Sarjuni sebagai seorang tetamu kehormat yang akan turut hadir ke sesi perbincangan untuk menyumbangkan kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang Industri Kreatif di Sabah.

Search

Info Program

Sesi Perbincangan Terarah Lepas
4 April 2022

Kongsi Program

Program Lain

9 Jan 2026
Program Lepas
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Malaya (GPMS UM) dengan kerjasama Institut...
3 Sep 2025
Program Lepas
Bengkel Penulisan Ringkasan Dasar MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan...
4 Sep 2025
Program Lepas
MAJLIS PENGANUGERAHAN GERAN PENYELIDIKAN MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan meraikan...
11 Jul 2025
Program Lepas
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan sukacitanya menjemput anda ke sesi wacana #RuangBelia: Dari...