Institut Masa Depan Malaysia (MASA) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Hisham A. Hellyer atas syarahannya mengenai “Future Prospects for Palestine and The Rules Based Order: Consequences of Israel’s War on Gaza” yang dianjurkan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Persatuan Kajian Antarabangsa Malaysia (MyISA), MASA dan Pusat Penyelidikan & Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) di UKM semalam.
Dalam menerokai pelbagai kesan daripada tindakan keganasan rejim Israel ke atas Gaza, ia amat penting untuk kita melihat kepada kemerosotan keadaan hidup di Gaza, kemerosotan krisis kemanusiaan dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Disebabkan oleh kelemahan norma antarabangsa dan rules-based order, hal ini mendesak keperluan untuk campur tangan oleh pihak antarabangsa dan penguatkuasaan piawaian hak asasi manusia untuk menangani konflik yang sedang berlaku dan membuka jalan untuk penyelesaian yang mampan dan adil.
Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇
FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com
#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama