Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Institut Kajian Pembangunan (Sabah) (IDS) dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA)

6 Mei 2024 |
Program Lepas

PENAMPANG, 6 MEI: – Institut Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan  menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang penyelidikan, khidmat masyarakat dan perkongsian kepakaran.

Pemeteraian MoU ini adalah susulan daripada kunjungan hormat MASA ke IDS pada tahun 2022, yang membolehkan kedua-dua pihak meneroka bidang-bidang penting penyelidikan secara bersama dalam merangka input dasar dan strategi pembangunan negara ke arah kemakmuran bersama.

MoU ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Dr. Ramzah Dambul, manakala MASA diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Azril Mohd. Amin.

Majlis menandatangani MoU berlangsung di Wisma IDS dengan disaksikan Datin Hajah Hasnah Samsudin, Ketua Pegawai Operasi IDS dan Puan Marhaini Kamaruddin, Ketua Bahagian Komunikasi Strategik dan Pengurusan MASA.

IDS merupakan sebuah badan pemikir Kerajaan Negeri Sabah dalam menggali idea dan pendapat, serta menganalisis cadangan dasar awam berkenaan isu pembangunan sosioekonomi di Sabah.

MASA pula adalah badan pemikir bebas yang ditubuhkan pada tahun 2019, menggabungkan pakar-pakar dalam kerajaan dan akademik, untuk menjalankan penyelidikan yang relevan dengan pembangunan sosioekonomi negara, berdasarkan nilai-nilai kemakmuran bersama.

Justeru, MoU IDS-MASA ini bakal menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, penganjuran program, persidangan, perkongsian kepakaran dan jaringan komuniti bagi manfaat bersama. Antaranya, adalah topik penyelidikan tentang ekonomi akar umbi di Sabah.

Adalah diharapkan melalui pemeteraian MoU ini, usaha untuk memahami isu dan cabaran sosioekonomi di Malaysia, khususnya di Sabah, dapat dicapai menerusi aktiviti penyelidikan yang bakal dijalankan. Ini juga selari dengan objektif Sabah Maju Jaya 2021-2025.

#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama

Info Program

Program Lepas
6 Mei 2024
10:00am-
12:00pm

Kongsi Program

Program Lain