Kunjungan Hormat MASA ke Sekolah Pengajian Antarabangsa (SoIS), Universiti Utara Malaysia (UUM)

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meneruskan kolaborasi penyelidikan di bawah program flagship Pemacu Intelek telah mengadakan kunjungan ke Sekolah Pengajian Antarabangsa (SoIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 16 Ogos 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd. Amin mengetuai delegasi institut itu yang disertai Ketua Bahagian Komunikasi Strategik, Marhaini Kamaruddin dan para penganalisis penyelidikan iaitu Mohd Noor Musa, Mohammad Zulhafiy Zol Bahari, Maryam Husna Maznorzuhairi, Adriana Asmaa’ Mohd Ezanee dan Abdul Manan Mohd Zamri.

Dalam kunjungan itu, Perbincangan Meja Bulat (RTD) telah diadakan dengan barisan akademia SoIS diketuai Profesor Madya Dr. Nazariah Osman yang merupakan Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa UUM.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai potensi kerjasama penyelidikan dalam isu-isu antarabangsa seperti pelarian, hak asasi manusia, hubungan diplomasi, keselamatan maritim, jaminan bekalan makanan dan jenayah siber.

Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com

#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#JaringanKerjasama

Info Program

Kunjungan Hormat Lepas
16 Ogos 2022

Kongsi Program

Program Lain