Kunjungan Hormat MASA ke Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Encik Azril Mohd Amin dan Penganalisis Penyelidikan MASA, Encik Khairul Syakirin Zulkifli telah membuat kunjungan ke Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 22 Jun 2022.

Kunjungan ini adalah atas undangan Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan. Kedua-dua belah pihak telah membincangkan peluang jaringan kerjasama penyelidikan dalam beberapa bidang fokus MASA dan Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan tersebut, khususnya yang melibatkan tema Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan inisiatif pemulihan negara.

Turut hadir pada kunjungan ini ialah Pengerusi Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Dr. Muhammad Faisal Ashaari, Timbalan Pengarah Pusat Islam, Dr. Abu Dardaa Mohamad, Ketua Program Siswazah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Prof. Madya Dr. Abd. Ghafar Don, Ketua Jaringan Industri dan Komuniti, Prof. Madya Dr. Rosmawati Mohamad Rasit, Ketua Program PraSiswazah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Dr. Zulkifli Haji Aini, Pensyarah Kanan, Dr. Ahmad Irdha Mokhtar, Pensyarah Kanan, Dr. Mohamad Zulkifli Abdul Ghani dan Pensyarah Kanan, Ustaz Anuar Puteh.

Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com

#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#JaringanKerjasama

Info Program

Kunjungan Hormat Lepas
22 Jun 2022

Kongsi Program

Program Lain