Kunjungan Hormat MASA ke Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah membuat kunjungan hormat ke Pusat Dialog dan Peradaban (PDP), Universiti Malaya pada 11 Mei 2022.

Delegasi MASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Azril Mohd Amin disambut oleh Pengarah, Pusat Dialog dan Peradaban, Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin bersama beberapa pegawai PDP.

Pada kunjungan ini, kedua-dua belah pihak membincangkan hubungan jaringan kerjasama yang melibatkan usaha ke arah penganjuran program dan dialog bersiri untuk golongan belia dengan mempraktikkan konsep Ilmu, Iman dan Amal. Hak asasi bagi manusia ialah mempunyai keamanan dan kelestarian untuk menjadi seorang insan yang boleh menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.

MASA menyambut baik peluang kerjasama ini dan akan membantu dari segi penyediaan modul dialog bersiri melalui input hasil daripada Focus Group Discussion (FGD). Semoga kerjasama dua hala ini memberikan manfaat dan menyokong usaha-usaha Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sekali gus menarik minat golongan belia untuk terlibat sama menyumbang dalam proses pembangunan negara.

Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com

#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#BeliadanPeradaban
#MASAPusatDialogdanPeradaban

Info Program

Kunjungan Hormat Lepas
11 Mei 2022

Kongsi Program

Program Lain