Kenyataan Media Majlis Penganugerahan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0

MAJLIS PENGANUGERAHAN 
PROGRAM PEMBANGUNAN DASAR MASA 
(MPDP) 2.0 

17 MAC 2023

Pada awal Januari 2023, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menawarkan Geran penyelidikan Program Pembangunan Dasar Institut Masa Depan Malaysia (MASA) kohort-2 (MPDP 2.0). MPDP 2.0 ini merupakan kesinambungan daripada MPDP yang telah diperkenalkan pada September 2021 susulan kejayaan penghasilan 30 kertas dasar yang menumpukan kepada cadangan penyelesaian terhadap isu-isu kritikal pemulihan dan pembangunan ekonomi negara. 

Pada tahun ini, sebanyak 254 kertas cadangan telah diterima daripada 29 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) serta badan bukan kerajaan, dengan bidang tumpuan berikut; perubahan iklim; keterjaminan makanan; pembinaan daya tahan kesihatan dan kesiapsiagaan krisis masa depan; menangani keciciran pembelajaran; memacu perniagaan; rumah mampu milik, dan; perlindungan sosial.

Kesemua kertas cadangan ini telah melalui proses tapisan awal oleh Sekretariat Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) diikuti penilaian oleh panel penilai professional terdiri daripada pakar bidang, mantan pegawai tinggi kerajaan serta ahli akademik.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 27 kertas cadangan dari 15 IPTA dan IPTS tempatan yang merangkumi topik kajian dalam bidang ekonomi, sosial, kebajikan, pendidikan serta pembangunan lestari telah disenarai pendek dan diputuskan layak oleh panel penilai untuk menerima geran penyelidikan MPDP 2.0.

Mereka yang terpilih dianugerahkan geran penyelidikan bernilai RM10,000 untuk setiap kertas ringkasan polisi yang bakal dihasilkan. Penerima Geran MPDP 2.0 juga digalakkan untuk menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal terkemuka, sama ada di dalam atau luar negara.

MASA mengucapkan tahniah kepada Penerima Geran penyelidikan MPDP 2.0 yang terpilih. Senarai Penerima Geran yang berjaya boleh dilayari di laman web Institut MASA di https://institutmasa.com/ms/program-pembangunan-dasar-masa/. Syabas!

AZRIL MOHD AMIN

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Masa Depan Malaysia

 

Berikut adalah senarai lengkap Penerima Geran MPDP 2.0 dan tajuk penyelidikan mengikut bidang:

BIDANG PERUBAHAN IKLIM

  1. Eco-Anxiety and Climate Change: Policy Brief
    Prof. Madya Dr. Siti Hafsyah Idris, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  2. A Systematic Assessment of Mainstreaming Multilevel Climate Change Policy Strategies and Approaches
    Penolong Prof. Ts. Dr. Irina Safitri Zen, University Islam ANtarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Thriving Strategy and Roadmap of Malaysia Low-Carbon Hydrogen Economy via Green Financing Mechanisms for Sustainable Mobility
    Prof. Madya Dr. Marlia Mohd Hanafiahi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Sustainable Decarbonisation Approaches and Outlook Towards Net-Zero Emissions for Energy-Intensive Industries in Malaysia
    Dr. Tan Ee Sann, University Tenaga Nasional (UNITEN)
  5. Relieving Impacts Of Climate Change-Inflicted Flood Disasters On Small And Medium Enterprises Through Taxation Systems
    Prof. Madya Dr. Chang Chee Fei, Sunway University
  6. Assessing the Role of Government Subsidy Policy Towards the Adoption of Energy-Saving Appliances Among Malaysian Residents
    Dr. Farah Roslan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

BIDANG KESELAMATAN MAKANAN

  1. Developing A Comprehensive Stakeholder And Supply Chain Ecosystem Mapping Of Malaysian Poultry Industry
    Dr. Nurussaadah Mokhtar, Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya (UM)
  2. Food Security Resiliency: Building A Sustainable Food Security – Land Use Framework
    Dr. Maria Mohd Ismail, Universiti Malaya (UM)
  3. Pemerkasaan Kesejahteraan Sosial Nelayan Sebagai Pengusaha Akuakultur Ke Arah Keterjaminan Makanan Negara
    Dr. Siti Dina Razman Pahri, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Critical Success Factors of Waqf Land Development for Sustainable Agriculture
    Prof. Madya Dr. Amal Hayati Ishak,Universiti Teknologi MARA (UiTM)

BIDANG MEMBINA DAYA TAHAN KESIHATAN & KESIAPSIAGAAN KRISIS MASA DEPAN

  1. Unlocking The Potential Of Rural Grassroots Innovations For Inclusive Development
    Prof. Madya Dr. Ng Boon Kwee, Universiti Malaya (UM)
  2. Addressing The Impact Of Ultra-Processed Food On Obesity And Nutrition-Related Noncommunicable Diseases (NCD) In Malaysia: A Call For New Policy Measures
    Dr. Asma’ Ali, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

BIDANG MENANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN

  1. Pembaharuan Polisi Dan Undang-Undang Dalam Menangani Keciciran Pembelajaran Dalam Kumpulan Kanak-Kanak Rentan Di Malaysia
    Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib Samuri, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  2. Pelan Pendidikan Non-Formal Untuk Menangani Keciciran Murid
    Dr. Bity Salwana Alias, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

BIDANG MEMACU PERNIAGAAN

  1. Kajian Strategi Polisi Perniagaan Bumiputera Di Negeri Sabah Berteraskan Transformasi Digital Untuk Pembangunan Sosioekonomi Bumiputera Sabah
    Prof. Madya. Ts. Dr. Samsul Ariffin Abdul Karim, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  2. Accelerating The Business Potentials Of Medical Tourism In East Malaysia Regions Through IR4.0 Technologies
    Prof. Dr. Brian Wong Kee Mun, Swinburne University Of Technology Sarawak Campus
  3. AI-Predictive Analytics Of Covid-19 Impact And Socioeconomic Analysis On Malaysia’s Carbon Neutrality For Mitigation Solutions Resiliency
    Prof. Madya Dr. Woon Kok Sin, Xiamen University Malaysia (XMU)
  4. Sustaining The Survivability Of Construction Industries Performance During Pre And Post Covid-19 In Malaysian Economic Recovery Plan
    Dr. Rahayati Ahmad, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
  5. Exploring Readiness Factors to Expand to International Markets: A Study on Malaysian Homegrown Franchise Industry
    Dr. Nurul Ashykin Abd Aziz, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

BIDANG RUMAH MAMPU MILIK

  1. Developing a Multidimensional Sustainable Affordable Housing Framework (MASAHF) for Revitalizing the B40 and M40 Communities using an Action Priority Matrix Approach
    Dr. Peter Aning Anak Tedong, Universiti Malaya (UM)
  2. Evaluate National Housing Policy in Malaysia: Challenge & Ways Forward
    Dr. Muhammad Baqir Abdullah, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
  3. Assessing The Affordable Housing Policy In Improving Housing Democracy Among Malaysians
    Dr. Mahazril ‘Aini Yaacob, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

BIDANG PERLINDUNGAN SOSIAL

  1. Post-Pandemic Financial Risk Tolerance: A Case Study Among Urban Older Malaysians
    Dr. Lim Chia Yien, Tunku Abdul Rahman University Of Management And Technology (TARUMT)
  2. A National Health Insurance System: Enhancement Of Health Equity In Malaysia
    Dr. Ong Sheue Li, Universiti Malaya (UM)
  3. Preserving Women’s Safety And Modesty During Flood Disaster: Self-Help Solution Based On The Anti-Sexual Harassment Act 2022
    Penolong Prof. Dr. Ng May Yee, Heriot Watt University
  4. Kerangka Model Sistem Perlindungan Sosial Bersepadu Di Malaysia
    Dr. Suhaimi Haji Abd Samad, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  5. The Current Halal Policy Framework and its Potential Aspect of Improvements
    Dr. Zalina Zakaria, UM Halal Research Center, Universiti Malaya (UMHRC)

Kongsi Artikel

Artikel Lain

No data was found