Kelestarian Perusahaan Sosial di Malaysia Pasca Pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia hari ini merupakan krisis kesihatan sejagat yang memberi kesan mendalam kepada setiap aspek kehidupan manusia.

Kajian lanjutan oleh Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDESA) (2021) mendapati pandemik COVID-19 menyebabkan kesan sosial yang buruk termasuk jurang pendapatan melebar, penyisihan kelompok masyarakat tertentu, diskriminasi kaum, serta kadar pengangguran yang tinggi.

Justeru, selain peranan utama kerajaan melalui pelan pemulihan komprehensif, tanggungjawab badan bukan kerajaan melalui perusahaan sosial (PS) perlu turut sama diserlahkan dalam usaha mengatasi impak sosial pasca COVID-19.

Ringkasan polisi ini bertujuan menilai Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial 2019 dengan membandingkan indikator kelestarian PS dalam Kerangka Keusahawanan Sosial Osberg & Martin (2015) dan Global Entrepreneurship Monitor (2016).

Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SAMBUTAN HARI GURU 2026 16 MEI 2026 KUALA LUMPUR, Sabtu: Sempena...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA 2026 8 MAC 2026 Penglibatan Wanita Adalah...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA TINJAUAN TINJAUAN PERSEPSI PRESTASI PENTADBIRAN, DASAR NEGARA DAN KEPIMPINAN POLITIK 6...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SAMBUTAN HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA 2025 9 DISEMBER 2025 KUALA LUMPUR, Selasa...