Insitut Masa tawar geran penyelidikan

Institut Masa Depan Malaysia mengalu-alukan para penyelidik dan ahli akademik dari universiti dan institusi penyelidikan untuk mengambil bahagian dalam Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP).

Dalam kenyataan hari ini Institut Masa berkata mereka yang berminat perlu mengemukakan kertas cadangan penyelidikan yang mempunyai kaitan dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan untuk membawa keluar Malaysia dari kemelut pandemik COVID-19.

Kertas cadangan juga mesti menepati bidang-bidang fokus penyelidikan seperti ekonomi, sosial dan pembangunan lestari.

MPDP menawarkan geran bernilai sehingga RM10,000 untuk setiap cadangan penyelidikan yang terpilih. Pemohon yang berjaya boleh menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal yang terkemuka.

Setiap cadangan penyelidikan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2021 menerusi emel [email protected]. Layari laman web kami di www.institutmasa.com atau hubungi Encik Mohd Noor Musa di talian 018-2072122.

Date: 28 September 2021
Source :  Suara Merdeka –  https://wacana.my/muhyiddin-mampu-bantu-negara-keluar-daripada-krisis/

Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SAMBUTAN HARI GURU 2026 16 MEI 2026 KUALA LUMPUR, Sabtu: Sempena...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA 2026 8 MAC 2026 Penglibatan Wanita Adalah...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA TINJAUAN TINJAUAN PERSEPSI PRESTASI PENTADBIRAN, DASAR NEGARA DAN KEPIMPINAN POLITIK 6...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SAMBUTAN HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA 2025 9 DISEMBER 2025 KUALA LUMPUR, Selasa...