Berbelanja secara berhemah

KUCHING: Malaysia kini dijangka mengalami tempias krisis ekonomi global yang bakal merudum sekali gus akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup.

Felo kehormat Institut masa Depan Malaysia (MASA) Datuk Dr. Madeline Berma berkata, tahun 2023 diramalkan lebih mencabar daripada segi ekonomi yang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan pertumbuhan ekonomi akan jatuh ke 2.7 peratus.

Malah katanya, kajian juga menunjukkan pandemik Covid-19 boleh menular semula dengan pembukaan sempadan antarabangsa China dan konflik Rusia-Ukraine akan berlanjutan.

“Kesemua ini dan menyebabkan peningkatan harga makanan dan tenaga dan kos menjalankan perniagaan, kos logistik.

“Keadaan ini menyebabkan peningkatan kos pengeluaran, harga bahan mentah, kos tenaga dan makanan, dan kadar inflasi iaitu Bank Pusat akan mengenakan melaksanakan dasar monetari dengan menaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR),” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Sehubungan itu katanya, rakyat perlu sedar bahawa ekonomi akan bertumbuh secara perlahan, subsidi bersifat bersasar dan bantuan kerajaan menangani kenaikan harga akan berkurangan.

“Rakyat perlu berbelanja secara berhemah dan menangguhkan perbelanjaan untuk barangan pengguna seperti kereta, televisyen dan sebagainya.

“Dalam masa yang sama, rakyat perlu bijak dalam, mempelbagaikan sumber pendapatan,” tambahnya.

Beliau dalam masa yang sama turut mendedahkan bahawa cabaran pada tahun 2023 adalah berbeza dengan tahun-tahun sebelum Covid-19.

Katanya, sebelum Covid-19, ekonomi global dan domestik lebih stabil, dinamik manakala pendapatan negara daripada hasil dan pelaburan masuk adalah tinggi.

Juga tiada krisis kesihatan, politik dan ekonomi.

Tarikh: 7 Januari 2023

Sumber: https://sarawakvoice.com/berbelanja-secara-berhemah/

Kongsi Artikel

Artikel Lain

No data was found