Azril Mohd Amin dilantik sebagai CEO Institut Masa Depan Malaysia

KUALA LUMPUR 2 Sept – Sebuah badan pemikir, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) mengumumkan pelantikan Azril Mohd Amin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, MASA berkuatkuasa 1 September 2021.

Azril mempunyai pengalaman lebih daripada 18 tahun sebagai pengamal undang-undang dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, serta terlibat dalam penyelidikan terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Haji Md Yasin (April 2020 – Ogos 2021), di bawah portfolio penyelidikan dan dasar awam.

Azril juga mengawal selia pelaksanaan polisi dan program di peringkat kementerian dalam bidang sosial dan hal-ehwal Islam. Beliau turut bertanggungjawab menasihati YAB Perdana Menteri dalam penyusunan teks ucapan dan ucaptama.

”Berbekalkan pengalaman luas beliau, pihak institut berharap Azril dapat membawa MASA ke satu tahap yang lebih tinggi sebagai badan pemikir yang terkemuka berlandaskan nilai-nilai kemakmuran bersama,” kata MASA dalam kenyataan di sini hari ini.

Date: 02 September 2021
Source and Image from: Dagang News – https://www.dagangnews.com/azril-mohd-amin-dilantik-sebagai-ceo-institut-masa-depan-malaysia-8737

Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SAMBUTAN HARI GURU 2026 16 MEI 2026 KUALA LUMPUR, Sabtu: Sempena...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA 2026 8 MAC 2026 Penglibatan Wanita Adalah...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA TINJAUAN TINJAUAN PERSEPSI PRESTASI PENTADBIRAN, DASAR NEGARA DAN KEPIMPINAN POLITIK 6...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SAMBUTAN HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA 2025 9 DISEMBER 2025 KUALA LUMPUR, Selasa...