Azril dilantik CEO baharu MASA

INSTITUT Masa Depan Malaysia (MASA) hari ini mengumumkan pelantikan Azril Mohd Amin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu institut tersebut.

Pelantikan Azril yang juga sebelum ini merupakan Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuatkuasa pada 1 September 2021.

Menerusi satu hantaran di Facebook, MASA berkata, Azril mempunyai pengalaman lebih daripada 18 tahun sebagai pengamal undang-undang dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, serta terlibat dalam penyelidikan terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Beliau merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri ke-8 di bawah portfolio penyelidikan dan dasar awam.

“Beliau juga mengawalselia pelaksanaan polisi dan program di peringkat kementerian dalam bidang sosial dan hal-ehwal Islam,” kata kenyataan itu.

Menurut MASA, selain itu Azril turut bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri dalam penyusunan teks ucapan dan ucaptama.

Berbekalkan pengalaman luas beliau, MASA berharap Azril dapat membawa MASA ke satu tahap yang lebih tinggi sebagai badan pemikir yang terkemuka berlandaskan nilai-nilai kemakmuran bersama.

Date: 02 September 2021
Source and Image from: Satuberita.my – https://satuberita.my/index.php/2021/09/02/masa-ucap-tahniah-pada-ceo-baharunya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=masa-ucap-tahniah-pada-ceo-baharunya

Kongsi Artikel

Artikel Lain

No data was found