MASA teroka peluang kerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara

PUTRAJAYA: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang pada Selasa, 9 Januari 2024, bagi meneroka peluang kerjasama  untuk menasionalisasikan Dialog Perpaduan Negara (DPN), sejajar aspirasi teras strategik Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN).

Delegasi MASA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Azril Mohd. Amin telah disambut baik oleh YB Menteri dan para pegawai tinggi kementerian termasuk Timbalan Ketua Setiausaha, Encik Mohd. Sobri Mat Daud dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN), Dato’ Che Roslan Che Daud.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Azizan Baharuddin yang kedua-duanya merupakan Felo Kehormat MASA, serta Ketua Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Dr. Khalid Abdul Hamid.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan tentang cadangan Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya dan MASA untuk bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara bagi melaksanakan aktiviti dan projek dalam rangka menterjemahkan aspirasi DPN dan PTPN.

 

#MASAuntukMakmurBersama

Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SAMBUTAN HARI GURU 2026 16 MEI 2026 KUALA LUMPUR, Sabtu: Sempena...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA 2026 8 MAC 2026 Penglibatan Wanita Adalah...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA TINJAUAN TINJAUAN PERSEPSI PRESTASI PENTADBIRAN, DASAR NEGARA DAN KEPIMPINAN POLITIK 6...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA SAMBUTAN HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA 2025 9 DISEMBER 2025 KUALA LUMPUR, Selasa...