Jangan hanya jadi pemerhati pasif, pertimbang campur tangan dalam kes genosid di Gaza

Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia harus melangkah lebih jauh dari hanya sekadar menjadi pemerhati pasif dan perlu mempertimbangkan kemungkinan campur tangan dalam kes genosid yang difailkan Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata Pusat Penyelidikan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

Dalam satu kenyataan, Pengasas dan Pengerusi CENTHRA Azril Mohd Amin berkata kerajaan harus mengiktiraf tanggungjawab dan peluang untuk menyumbang ke arah mencari jalan penyelesaian dan keadilan.

Beliau berkata ICJ menyediakan dua laluan bagi sesebuah negara untuk campur tangan, iaitu di bawah Artikel 62, campur tangan di mana sesebuah negara boleh mengemukakan permintaan di bawah Artikel 62 jika ia percaya kepentingan undang-undang negara boleh terjejas disebabkan kes itu.

Selain itu, di bawah Artikel 63, campur tangan menyediakan laluan yang membolehkan sebuah negara anggota konvensyen campur tangan apabila kandungan konvensyen itu dipertikaikan.

#MASAuntukMakmurBersama

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1049634/jangan-hanya-jadi-pemerhati-pasif-pertimbang-campur-tangan-dalam-kes

Kongsi Artikel

Artikel Lain

No data was found