MASA Policy Development Programme (MPDP)

INSTITUT MASA TAWAR GERAN PENYELIDIKAN

KUALA LUMPUR, Selasa – Institut Masa Depan Malaysia mengalu-alukan para penyelidik dan ahli akademik dari universiti awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP).

Mereka yang berminat perlu mengemukakan kertas cadangan penyelidikan yang mempunyai kaitan dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan untuk membawa keluar Malaysia dari kemelut pandemik COVID-19.

Kertas cadangan juga mesti menepati bidang-bidang fokus penyelidikan seperti ekonomi, sosial dan pembangunan lestari.

MPDP menawarkan geran bernilai sehingga RM10,000 untuk setiap cadangan penyelidikan yang terpilih. Pemohon yang berjaya boleh menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal yang terkemuka.

Setiap cadangan penyelidikan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2021 menerusi emel policy@institutmasa.com. Layari laman web kami di www.institutmasa.com atau hubungi Encik Mohd Noor Musa di talian 018-2072122.

Azril Mohd Amin
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Masa Depan Malaysia

Muat Turun Poster

Kongsi Artikel

Artikel Lain

No data was found