Tinjauan Penyelidikan Dan Sesi Ramah Mesra Di Pusat Pembangunan Minda Insan (Ppmi) Kg. Kunak Tiga

15 Disember 2021 |
Program Lepas

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menjalankan tinjauan penyelidikan dan sesi ramah mesra di Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) Kg. Kunak Tiga pada 15 Disember 2021. Tinjauan ini merupakan salah satu inisiatif terkini MASA dalam mempelopori penyelidikan berkenaan isu orang tidak bernegara.

PPMI memberi fokus utama kepada kumpulan sasar iaitu Anak-anak Etnik Minoriti dan Miskin Luar Bandar Sabah yang terpinggir daripada program pembangunan aliran arus perdana negara melalui aktiviti teras pembangunan modal insan iaitu Pendidikan Asas, Latihan Kemahiran Untuk Hidup, dan Latihan Kemahiran Kesukarelawanan.

Perjalanan ke PPMI Kg. Kunak Tiga adalah melalui titian kayu yang uzur di perkampungan atas laut dan seterusnya menaiki sampan kecil. Pengalaman warga MASA sepanjang perjalanan dan interaksi dengan warga PPMI telah memberi kesan yang mendalam.

Melalui tinjauan penyelidikan ini, warga MASA telah dapat mengumpulkan maklumat-maklumat asas berkenaan PPMI Kg. Kunak Tiga di samping menggunakan peluang ini untuk beramah mesra bersama anak-anak dan tenaga pengajar di kampung terbabit.

Info Program

Program Lepas
15 Disember 2021

Kongsi Program

Program Lain