SIDANG MEJA BULAT INSTITUT MASA DEPAN MALAYSIA (MASA) BERSAMA PAKAR EKONOMI: ISU RASIONALISASI SUBSIDI

 

Pada 12 Julai 2024, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menganjurkan Sidang Meja Bulat (RTD) bersama pakar-pakar ekonomi bagi membincangkan mengenai isu rasionalisasi subsidi yang semakin memberi kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Pengerusi MASA, YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin turut meluangkan masa hadir bagi mendengar sendiri pandangan dan analisis daripada pakar bidang berkaitan.

Antara pakar yang hadir pada sesi tersebut adalah :
1. YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, Profesor Adjung, Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya;
2. YBhg. Profesor Ulung Dato’ Dr. Rajah Rasiah, Pengarah Eksekutif, Asia-Europe Institute, Universiti Malaya;
3. YBrs. Profesor Dr. Gairuzazmi Mat Ghani, Dekan Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, IIUM;
4. YBrs. Dr. Khalid Abdul Hamid, Felo MASA;
5. YBrs. Dr. Shankaran Nambiar, Felo MASA;
6. YBrs. Dr. Zulkiply Omar, Felo Penyelidik Kanan, Social Wellbeing Research Centre (SWRC), Universiti Malaya;
7. YBrs. Encik Erhanfadli Mohd Azrai, Ketua Pegawai Eksekutif, Kotak Sakti Sdn Bhd & Pengasas, RED ANGPOW; dan
8. YBrs. Encik Azlan Awang, Felo Kanan, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) & Penyelidik dan Juru Bicara, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Sesi perbincangan tersebut turut disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah MASA iaitu YB Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dan YBhg. Datuk Dr. Marzuki Mohamad serta Ketua Pegawai Eksekutif MASA, YBrs. Encik Azril Mohd Amin.

Sesi anjuran MASA ini memberikan tumpuan kepada perbincangan terhadap langkah penyasaran subsidi bagi memastikan keseimbangan kenaikan harga barang dan kesejahteraan rakyat yang terkesan dapat dikecapi.

Menerusi sesi perbincangan tersebut, kerajaan digesa untuk terus memantau dan menilai kesan-kesan sosioekonomi yang timbul bagi memastikan penyasaran subsidi dilaksanakan dengan lebih berhemat agar tidak membebankan rakyat terutamanya yang kurang berkemampuan.

Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇
FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman sesawang : https://institutmasa.com

#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama

Info Program

Perbincangan Meja Bulat Lepas
12 Julai 2024
03:00pm-
05:00pm

Kongsi Program

Program Lain