SIDANG MEJA BULAT INSTITUT MASA DEPAN MALAYSIA BERSAMA AHLI PAKAR: CADANGAN INPUT SEMPENA BELANJAWAN 2025

Pada 3 Oktober 2024, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menganjurkan satu sesi Sidang Meja Bulat (RTD) bersama ahli pakar bagi mendapatkan cadangan serta input sempena Belanjawan 2025.

Antara pakar yang hadir pada sesi tersebut adalah:
1. YBhg. Profesor Ulung Dato’ Dr. Rajah Rasiah, Pengarah Eksekutif, Asia-Europe Institute, Universiti Malaya;
2. YBhg. Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, Profesor Emeritus, Malaysia University of Science and Technology;
3. YBrs. Dr. Zouhair Rosli, Penyelidik Kanan, DM Analytics;
4. YBrs. Dr. Firdausi Suffian, Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Sabah Berhad;
5. YBrs. Dr. Zulkiply Omar, Felo Penyelidik Kanan, Social Wellbeing Research Centre (SWRC), Universiti Malaya;
6. YBrs. Encik Anas Jalil, Penggerak, Demi Negara;
7. YBrs. Dr. Linda A Lumayag, Head of Big Data, Research & Information, Malaysian Employers Federation (MEF); dan
8. YBrs. Puan Siti Sarah Khazalle, Head of Finance, Malaysian Employers Federation (MEF).

Sesi perbincangan tersebut turut disertai oleh YBrs. Encik Azril Mohd Amin selaku Ketua Pegawai Eksekutif MASA dan Penganalisis Penyelidikan Kanan MASA, Encik Azhan Hasan.

Sesi anjuran MASA ini memberikan tumpuan kepada perbincangan terhadap isu dan cabaran kos sara hidup terutama berkaitan sosioekonomi seperti yang dihasratkan untuk Belanjawan 2025.

Menerusi sesi perbincangan tersebut, terdapat beberapa isu dan cabaran yang telah digariskan dan diikuti bersama input yang telah diketengahkan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin semasa menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada masa hadapan. Dalam hal ini, kerajaan harus lebih proaktif dan responsif dalam memastikan kesejahteraan rakyat terjamin semasa menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇

FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman sesawang : https://institutmasa.com

#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama

Info Program

Sesi Perbincangan Terarah Lepas
3 Oktober 2024
02:00pm-
05:00pm

Kongsi Program

Program Lain