Sesi Ramah Mesra dan Dialog Bersama Pengerusi MASA Merangkap Pengerusi Majlis Pemulihan Negara

13 Oktober 2021 |
Program Lepas

Hari ini, buat julung kalinya telah berlangsung program Sesi Ramah Mesra dan Dialog bersama YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Md Yassin, Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA) yang dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah, felo-felo kanan, felo serta kakitangan.

Majlis ini telah memberi peluang kepada semua tetamu bagi bertemu, berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan bersama YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Md Yassin dalam banyak perkara terutama yang menyentuh isu pandemik COVID-19 dan usaha-usaha ke arah pemulihan negara.

MASA mendokong penuh harapan YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Md Yassin supaya MASA dapat meneroka lebih banyak bidang penyelidikan dalam isu-isu yang melibatkan rakyat seperti kemiskinan, pendidikan dan pembinaan negara bangsa.

MASA juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Md Yassin dan semua tetamu yang hadir atas sokongan yang tidak putus-putus memberi input dan semangat demi memulihkan negara daripada pandemik COVID-19 ini.

Info Program

Program Lepas
13 Oktober 2021
03:00pm-
05:00pm

Kongsi Program

Program Lain